25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Warga asing juga perlukan makanan, ini soal kemanusiaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“MEREKA juga memerlukan makanan, bagi saya ia soal kemanusiaan,” kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu berkata demikian susulan desakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh agar kerajaan mengehadkan penjualan beras tempatan hanya untuk rakyat negara ini.

Katanya, warga asing di Malaysia perlu diberi keizinan untuk terus membeli bekalan beras termasuk beras tempatan atas dasar kemanusiaan.

“Kehadiran golongan itu ke negara ini untuk bekerja di dalam pelbagai sektor termasuk di peringkat bawahan.

“Ada yang kerja di sektor pembinaan, perladangan dan juga pengawal keselamatan. Bagi saya ia soal kemanusiaan, mereka perlu makanan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Tegas Mohamad, sebarang tindakan terburu-buru perlu dielakkan di saat negara sedang berada di dalam situasi sekarang.

“Jangan gopohlah kerana jika pekerja kita yang berada di luar negara tidak boleh membeli beras murah untuk dimakan, kita akan terasa,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan