25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Cadangan pecah monopoli Bernas perlu perbincangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBARANG usaha untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan dengan Kementerian Kewangan, Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ini kerana, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, kerajaan terikat dengan perjanjian dimana konsesi beras ketika ini diberikan kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Tempoh konsesi yang diberikan kepada Bernas pula adalah selama 10 tahun bermula dari 11 Januari 2021 hingga 10 Januari 2031.

“Kita ada perjanjian (dengan) Bernas selama tempoh 10 tahun berdasarkan 10 perkara obligation (syarat) yang perlu dibuat oleh Bernas.

“Sekiranya sebarang rombakan ingin dibuat (pecah monopoli), mestilah melalui perbincangan bersama kementerian dan agensi kaitan yang membabitkan Kementerian Ekonomi, Kewangan dan juga JPM.

“Ini kerana soal beras, soal makanan adalah (isu) food security (keterjaminan makanan), ia perlu ditangani bersama dan (jika ada cadangan) nak memecahkan monopoli, itu adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian,” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran Malaysia Ke-25 di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, cadangan tersebut juga perlu dilihat secara menyeluruh termasuklah alasan kukuh bagi memecahkan monopoli beras.

“Itu adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian dan pada masa sama soal ‘sustainable’ juga perlu diambil perhatian,” katanya

Dalam pada itu, Mohamad berkata, semua isu berbangkit berkaitan bekalan beras akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok.

“Saya nak lihat agenda (mesyuarat Kabinet terlebih dulu), tetapi saya akan kemukakan perkara baharu yang berlaku (berkaitan isu beras) yang saya akan sampaikan dalam Kabinet,” katanya.

Beliau berkata, isu kekurangan bekalan beras yang berlaku ketika ini adalah disebabkan pembelian panik.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak buat pembelian panik, belilah pada kadar biasa.

“Jika selalu beli dua kampit tetapi beli empat kampit, kita sudah mengambil hak orang lain. Maka berlakulah kekurangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan