27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Erra Fazira nafi dakwaan sudah berkahwin, cerita hanya fitnah

Mesti Baca

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menafikan dakwaan dia sudah berkahwin dengan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berikutan tersebarnya gambar.

Erra berkata, dakwaan itu adalah fitnah semata-mata dan dia sedia memaafkan pihak-pihak yang mengada-adakan dan menyebarkannya cerita berkenaan.

“Itu adalah fitnah. Tak apalah saya maafkan dia yang menyebarkan cerita ini. Saya tahu diri saya macam mana dan bila dengar gosip berkahwin ini saya gelak sahaja.

“Sudah bertahun saya minta orang berhenti mengada-adakan cerita kahwin ini. Tapi ia tidak pernah berhenti. Jadi suka hati merekalah mahu kata apa,” katanya.

Erra berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Rampas Cintaku 2, petang tadi.

Advertisements

Terdahulu, khabar angin mengaitkan Erra dengan ahli politik berkenaan kembali timbul apabila muncul cerita yang kononnya seorang rakan pelakon berkenaan ternampak gambar perkahwinan Erra dan Faizal ketika berkunjung ke kediaman pelakon jelita itu tahun lalu.

Erra berkata, dia enggan namanya dikaitkan lagi dengan Ahmad Faizal bagi menghormati kedua-dua pihak.

“Saya harap perkara ini tidak diperkatakan lagi. Kita kena hormati dia di tempatnya sebagai orang politik dan saya di dunia hiburan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Erra mengakui dia masih bergelar ibu tunggal namun sedia menerima sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh.

“Saya masih ibu tunggal, sudah bertahun saya tegaskan perkara ini. Namun begitu, saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma belum ada rezeki bertemu jodoh lagi,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara T15 dan si mahakaya: Siapa hilang kelayakan subsidi?

Oleh DR MUHAMMAD ASHRAF KHALID BARU-BARU ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan