33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Zahid serahkan JKPK ambil langkah pencerahan isu DNAA

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung langkah yang akan diambil jawatankuasa itu ke arah pencerahan keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau daripada pertuduhan di mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, apa yang dicadangkan William Leong Jee Keen sebagai Pengerusi JKPK itu adalah pengumuman yang dilakukan pada sidang khas membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12).

“Kita serahkan kepada jawatankuasa itu untuk melakukan langkah-langkah ke arah pencerahan isu berkenaan,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Halal Sector Forum 2023, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi jawatankuasa berkenaan William Leong Jee Keen bahawa jawatankuasa itu akan memanggil Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA itu.

Semalam, Leong ketika Sidang Khas Dewan Rakyat memaklumkan jawatankuasa itu juga akan memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memberi penjelasan dan satu laporan akan dibentangkan selepas prosiding itu dilaksanakan.

Advertisements

Sementara itu, mengulas mengenai rancangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan demonstrasi pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu ini Ahmad Zahid berkata, beliau mengharapkan tiada pertempuran di jalanan

“Kita sebuah negara demokrasi, ada pihak yang ingin menganjurkan dan ada sebaliknya, saya harap tidak ada pertempuran di jalanan,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, tiada keperluan untuk mengadakan referendum dalam kalangan ahli parti itu berhubung kerjasama dengan DAP seperti dicadangkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil.

“Tidak perlu referendum, saya hormati pendapat peribadi, tetapi jangan memaksa semua orang menghormati pendapat peribadi,”katanya.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Golongan khunsa perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh DR MOHD SALIM MOHAMED BARU-BARU ini satu drama mengenai khunsa telah ditayangkan di kaca televisyen bermula bulan Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan