26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KJ sindir Anthony Loke sudah jadi jurucakap UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyindir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang kini seolah-olah sudah menjadi jurucakap UMNO.

Sindiran bekas Menteri Kesihatan itu dilemparkan menerusi potcast Keluar Sekejap yang dihoskan beliau bersama bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan.

Ini ekoran tindakan Anthony yang bangkit menjawab kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berhubung tindakan UMNO yang masuk dalam pilihan raya bersama Pakatan Harapan (PH).

“Sedangkan pandangan saudara Isham Jalil itu saya rasa mewakili perasaan majoriti akar umbi parti UMNO.

“Nanti akan ada yang komen, ‘KJ tahu apa, dia bukan ahli UMNO pun.’

“Ya, Setiausaha Agung DAP lebih tahu pandangan orang UMNO berbanding saya dan Isham Jalil,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini Isham memberikan pandangan bahawa UMNO kehilangan 27,000 sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Katanya, antara punca sokongan Melayu merosot terhadap parti itu kerana memilih untuk bersama DAP dalam PRK tersebut.

Isham berkata, beliau hanya bersetuju untuk UMNO membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH sepertimana dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong namun tidak bersama dalam menghadapi pilihan raya.

Ekoran itu, Anthony Loke menyifatkan cadangan Isham agar UMNO bertanding secara bersendirian dalam pilihan raya tanpa PH sebagai pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO.

“Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO yang cakap… dia tidak mewakili UMNO, dia hanya salah seorang pemimpin sahaja,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan