27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Susur masuk dan keluar Plaza Tol Gambang ditutup sementara

Memberi laluan kerja-kerja pembinaan jambatan dan yang berkaitan untuk Projek ECRL oleh Malaysia Rail Link.

Mesti Baca

SUSUR masuk dan keluar di Plaza Tol Gambang ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-krja Projek ECRL oleh Malaysia Rail Link (MRL) bermula hari ini sehingga Khamis.

ANIH Berhad menerusi kenyataan memaklumkan, laluan yang terlibat adalah laluan susur masuk dari Plaza Tol Gambang ke Kuantan dan laluan susur keluar ke Plaza Tol Gambang dari arah Kuala Lumpur.

“Ia akan bermula 13 hingga 14 September 2023 pada jam 9 malam hingga 6 pagi Khamis. Ia bertujuan untuk kerja-kerja pembinaan jambatan dan yang berkaitan untuk Projek ECRL oleh Malaysia Rail Link.

“Sebagai laluan alternatif pengguna lebuhraya dari Gambang yang ingin ke Kuantan dinasihatkan untuk menggunakan laluan persekutuan untuk sampai ke destinasi.

“Pengguna lebuhraya dari arah Kuala Lumpur yang ingin keluar di Plaza Tol Gambang dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui persimpangan Sri Jaya,”katanya.

Berikutan itu, katanya, semua pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi.

Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik). Untuk kecemasan, hubungi LPT di 1-700-818-700. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Agong berkenan sertai pertandingan Golf Amal Istana Negara

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Pertandingan Golf Amal Istana Negara...

Lagi Artikel Berkaitan