26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Tealive tawar minuman RM6 di bawah inisiatif Payung Rahmah

Mesti Baca

JENAMA teh gaya hidup terkemuka serantau, Tealive, melancarkan kempen Jualan Rahmah di bawah inisiatif Payung Rahmah hari ini untuk mengingatkan rakyat Malaysia keluar mengundi di pilihan raya negeri yang bakal berlangsung di enam negeri 12 Ogos ini.

Kempen diberi nama ‘Promosi PRN 6 Negeri’ dan menawarkan enam jenis minuman terpilih dengan harga RM6 setiap satu.

Kempen ini akan berlangsung di seluruh Malaysia sehingga 13 Ogos sehari selepas hari pengundian.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, menjanjikan sokongan Tealive untuk inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kempen PRN6 ini berkonsepkan kejayaan promo Pilihan Raya Umum tahun lalu.

Loo juga mengambil kesempatan mengingatkan pengundi di enam negeri terbabit iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu supaya menggunakan hak demokratik mereka untuk memilih pemimpin negeri masing-masing.

Advertisements

“Kami percaya mengundi adalah kewajipan sivik setiap rakyat dan ia menunjukkan patriotisme dan cinta anda kepada negara tercinta.

“Oleh itu, kami menggesa semua orang untuk hadir dan menjalankan kewajipan anda dengan mengundi pada hari pengundian,” katanya dalam satu kenyataan media.

Promosi terpilih ini adalah sah untuk pembelian menggunakan aplikasi Tealive mulai hari ini sehingga 13 Ogos.

Pelanggan perlu menggunakan kod promosi ‘PRN6’ semasa membuat pembayaran untuk menikmati harga promosi RM6. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan