25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sokongan pengundi Melayu PH-BN semakin meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SOKONGAN pengundi Melayu terutamanya di Negeri Sembilan terhadap Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) didapati semakin meningkat kini.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ini berdasarkan kepada dapatan terkini menerusi kaji selidik yang menunjukkan tahap sokongan tersebut dilihat sentiasa meningkat sejak empat bulan yang lalu.

“Ia terus meningkat sehingga dua hari lepas, dan sokongan Melayu itu nampak peningkatan yang baik mungkin atas sebab makluman dan penerangan terhadap apa yang kami (kerajaan negeri) telah lakukan, insya-Allah saya yakin orang Melayu bersama PH dan BN, Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

“Jumlahnya lebih daripada separuh dan saya yakin kami akan terus menerangkan kepada mereka bahawa apa yang kita akan buat khususnya kepada pengundi Melayu dan tidak lupa kepada pengundi Cina dan India yang merupakan pengundi besar di Negeri Sembilan,”katanya.

Difahamkan daripada keseluruhan 864,425 jumlah pengundi berdaftar di Negeri Sembilan, 56.2 peratus merupakan pengundi Melayu manakala 41 peratus merupakan pengundi Cina dan India.

Advertisements

Beliau yang juga calon PH bagi kerusi DUN Sikamat berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Pusat Mengundi Balai Polis Sikamat, hari ini.

Terdapat seramai 173 anggota dan pegawai polis bersama pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing di pusat pengundian awal tersebut yang melibatkan satu jumlah saluran mengundi.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan memberitahu, pihaknya akan mempergiatkan kempen yang berbaki tiga hari ini sebelum hari pengundian Sabtu ini.

“Kami masih berkempen dan akan meneruskannya sehingga 11 hari bulan, semua kami berikan tumpuan termasuk di Sikamat sendiri saya akan turun padang. Kami buat kerja bagi memastikan kami berjaya, itu sahaja,”katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang dilancarkan bersama PH dan BN kelmarin akan diterangkan secara terperinci kepada pengundi dalam baki tempoh berkempen yang ada. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan