28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sheila Majid Big Band Live In Sabah, temui peminat esok

Mesti Baca

PENYANYI jazz legenda negara, Datuk Sheila Majid bakal memeriahkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, dengan lagu-lagu popularnya, esok.

Dianjurkan oleh Firm Horizon Sdn Bhd dengan kerjasama AL Activators Sdn Bhd, konsert diberi nama Sheila Majid Big Band Live In Sabah itu bakal membawa penonton merasakan suasana hangat dalam alunan lagu-lagu popular Sheila.

Konsert ini turut mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah, kata penganjur dibawakan ke Kota Kinabalu demi memberikan pengalaman berharga buat peminat Dato’ Sheila Majid di Sabah yang terlepas menyaksikan Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu.

Pengarah Urusan Firm Horizon, Raymond Fang, berkata, selepas mengambil kira semua faktor dan jumlah peminat Sheila Majid yang sangat banyak, mereka dengan berbesar hati mengumumkan Konsert Sheila Majid Big Band live in Sabah pula.

“Konsert ini mendapat sambutan cukup hangat di Kuala Lumpur pada Mac lalu dan akan kami bawakan secara eksklusif kepada peminat di Borneo, terutamanya di Kota Kinabalu.

“Penganjuran yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri ini berjaya direalisasikan kerana kami memperoleh permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat yang terlepas menonton konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur kerana tiket habis dijual dalam masa yang singkat,” katanya.

Firm Horizan juga mempunyai tujuan murni untuk menyalurkan sebahagian kutipan tiket kepada Yayasan Kebajikan Sabah untuk membantu usaha kebajikan organisasi itu.

“Sebahagian keuntungan bersih hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah untuk membantu pihak yang memerlukan.

Advertisements

“Ini juga adalah inisiatif kami untuk memberi semula kepada masyarakat melalui bidang hiburan.

“Buat peminat di Borneo atau di Kota Kinabalu mahupun di mana kalian berada, jangan terlepas peluang untuk menyaksikan Sheila Majid Big Band Live ini esok,” katanya.

Sementara itu, menunaikan janjinya Sheila berkata, Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur bukanlah satu-satunya konsert yang dianjurkan pada tahun ini, kerana dia pernah mengatakan tidak akan menolak seandainya konsep yang sama dibawa keluar daripada Kuala Lumpur.

“Saya bersyukur kerana konsep persembahan Sheila Majid Big Band ini diterima peminat saat dijayakan di Kuala Lumpur pada Mac lalu sehingga menarik minat Firm Horizon Sdn Bhd dan AL Activators Sdn Bhd untuk membawakannya ke Kota Kinabalu, khas buat peminat saya di Borneo.

“Terima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu mahu mendengar nyanyian saya dan menikmati karya-karya saya.

“Tentu sekali akan ada repertoire lagu seperti Pengemis Muda dan Warna bersama lagu lainnya yang menerima sentuhan baharu sesuai konsep Big Band yang dibawakan. 

“Paling penting, sebahagian kutipan tiket Sheila Majid Big Band Live In Sabah ini akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah dalam usaha memberi semula kepada masyarakat,” katanya.

Sheila Majid Big Band Live In Sabah ini bakal menyaksikan Sheila diiringi oleh 17 pemuzik terdiri daripada pemain hon, pemuzik band, dan penyanyi latar yang diketuai oleh satu-satunya meastro, Mac Chew. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan