33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

PRN: Polis laksana Op. Lancar pastikan trafik terkawal 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan Op. Lancar bermula hari ini sehingga Ahad.

Timbalan Pengarah (I) JSPT, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, operasi itu dilaksanakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung serentak esok.

Beliau berkata, pihaknya menjangka berlakunya pertambahan sehingga 1.9 juta kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan sekitar 150,000 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Fokus utama JSPT adalah untuk memastikan aliran trafik lancar dan terkawal bagi semua pengguna jalan raya yang pulang mengundi dan kembali ke ibu kota.

“Penugasan JSPT akan menumpukan ke enam negeri yang melibatkan lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran terutama kawasan hotspot yang berlaku kesesakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Advertisements

Sementara itu, Mohd. Nasri berkata, pemantauan juga termasuk di susur keluar lebuh raya serta persimpangan yang melibatkan persimpangan lampu isyarat sekiranya terkesan akibat kesesakan melampau.

Katanya, seramai 3,000 petugas JSPT melibatkan semua kontinjen termasuk bantuan daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah diatur gerak.

“JSPT berharap semua pengguna jalan raya yang pulang mengundi ke negeri yang dituju selamat sampai ke destinasi.

“Sentiasa bertoleransi semasa pemanduan dan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan petugas PDRM di lapangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan