Monday, June 15, 2026

PM, isteri selesai mengundi di SK Seri Penanti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selesai menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang, Permatang Pauh, pagi ini.

Ahli Parlimen Tambun dan isterinya tiba di pusat mengundi pada jam 9.35 pagi.

Perdana Menteri telah disambut oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin serta Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San.

Anwar dan Wan Azizah sempat meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi di pusat mengundi tersebut.

Beliau dan isteri meninggalkan SK Seri Penanti pada jam 9.46 pagi.

Turut kelihatan calon Parti Amanah Negara (Amanah) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Ahmad Faiz Fadzil.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar menyarankan semua pengundi keluar awal menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Alhamdulillah, saya dan Azizah selesai laksana tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Permatang Pasir pagi ini.

“Saya nasihatkan semua para pengundi untuk keluar awal dan tunaikan kewajiban kita dengan sebaik mungkin,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan