24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

EPL: City mula dengan langkah kanan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA bertahan, Manchester City memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh bergaya selepas membenam pendatang baharu, Burnley 3-0 di Turf Moor, awal pagi tadi.

Penyerang prolifik, Erling Haaland membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meletakkan City di depan seawal minit keempat selepas menolak masuk hantaran Rodri dalam kawasan penalti.

Untuk rekod, itu merupakan sentuhan pertama penyerang kebangsaan Norway itu dalam perlawanan tersebut.

Haaland terus mengganas apabila meledak gol kedua menerusi satu sepakan cantik yang mengenai palang sebelum melantun masuk untuk menjadikan kedudukan 2-0 buat The Citizen.

Advertisements

Rodri meletakkan juara Eropah itu selesa tiga gol di depan selepas merembat masuk bola dari jarak dekat susulan keadaan kelam-kabut di depan gawang The Clarets pada minit ke-75.

Skuad kendalian Vincent Kompany itu tambah parah apabila penyerang, Anass Zaroury dibuang padang pada waktu kecederaan susulan terjahan keras ke atas Kyle Walker.

Penyerang kebangsaan Maghribi itu pada awalnya dilayangkan kad kuning namun semalan video bantuan pengadil (VAR) menyebabkan kad tersebut digantikan kepada merah kerana kekasaran yang dilakukannya.

Keputusna itu menyaksikan City mencatatkan 12 kemenangan dan 13 perlawanan pembukaan kempen EPL, dengan satu-satu kekalahan yang dicatatkan adalah menentang Totenham Hotspurs pada musim 2021-22. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan