27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Mohd Amar nafi bergaduh dengan Takiyuddin

Mesti Baca

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan beliau bergaduh dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ini berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.

Beliau berkata, video yang tular itu sengaja mahu merosakkan hubungan mereka dan mencetus  imej yang negatif dalam pimpinan Pas.

“Mengarut! memang betul-betul mengarut. Macam mana mereka boleh mereka-reka cerita dan mereka ambikl’screen shot’ siapa? Takkan Datuk Takiyuddin pun ada? Itu memang rekaan semata,” katanya kepada pemberita selepas keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panji, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Mohd Amar dan isteri, Datin Hasmani Hussain hadir mengundi di saluran dua kira-kira jam 8.30 pagi.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor berkata, pimpinan Pas tidak pernah bergaduh kerana semua perkara berkaitan parti akan berdepan mesyuarat.

Advertisements

“Setuju atau tidak, apabila pimpinan membuat keputusan, kita akan patuh kepada keputusan. Itu amalan kita.

“Dalam mesyuarat memang tegang kerana ada pandangan berbeza tetapi kita patuh kepada keputusan parti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Amar bergaduh dengan Takiyuddin berikutan pertukaran jawatan menteri besar dan timbalannya.

Media juga melaporkan, Kelantan dijangka mempunyai menteri besar atau timbalan menteri besar baharu berikutan cadangan Pas menggabungkan agamawan dan teknokrat untuk jawatan menteri besar dan timbalannya.

Mohd Amar memegang jawatan Timbalan Menteri Besar selama dua penggal sejak 2013.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas sering terpalit dengan kontroversi susulan kenyataannya yang menimbulkan kemarahan rakyat terutama berkait isu bekalan air di Kelantan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan