34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lebih 9.7 juta pengundi tunai tanggungjawab hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 9.7 juta pengundi akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan enam negeri hari ini.

Negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Turut diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu susulan pembatalan kemenangan penyandangnya.

Seramai 9,674,456 pengundi akan mengundi dalam PRN kali ini dan bagi Parlimen Kuala Terengganu pula seramai 122,160 orang.

Pengundi PRN yang berdaftar akan mengundi di 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran.

Manakala pengundi di PRK Parlimen Kuala Terengganu pula melalui 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran.

Advertisements

Kesemua pusat pengundian di enam negeri telah dibuka serentak bermula 8 pagi tadi dan ditutup pada 6 petang.

Pada Selasa lalu, pengundian awal PRN telah berlangsung yang menyaksikan 72,554 anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jumlah peratusan keluar mengundi di Kedah adalah 96.02 peratus, Terengganu (95.91), Selangor (95.87), Pulau Pinang (95.01), Negeri Sembilan (94.05) dan Kelantan (93.90).

Pengundian awal pada hari sama bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula melibatkan seramai 1,286 pengundi atau 95.47 peratus anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi menerusi laman sesawangnya semalam meramalkan cuaca hujan di satu dua tempat di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pagi ini.

Hujan turut diramal berlaku di Kedah, yang melibatkan banyak kawasan pantai, manakala cuaca mendung di Terengganu dan Kelantan dijangka cuaca baik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan