33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Amirudin naik vespa ke pusat mengundi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru hari ini dengan motosikal jenis Vespa Sprint 150.

Beliau tiba di pusat pengundian pada pukul 8.23 pagi tadi dengan ditemani isteri, Datin Seri Masdiana Mohamad.

Pasangan itu kenudiannya mengundi di saluran tiga sebelum keluar dan beramah mesra bersama pengundi yang hadir di pusat pengundian tersebut.

Amirudin berkata, beliau optimis gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti mudah dua pertiga untuk membentuk kerajaan.

Amirudin Shari (tengah) dan isteri, Masdiana Muhamad menunjukkan jari selepas membuang undi di SJK (C) Selayang Baru, hari ini. – Edisi9/Ahmad Shazwan Md. Yusof

“Sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus (kerusi Dewan Undangan Negeri), kami bentuk kerajaan negeri. Diharap peningkatan sebilangan peratusan undi terutama daripada orang Melayu.

Advertisements

“Harap-harapnya berdoa kepada Allah tetapi kita dah usaha 12 hingga 13 hari berkempen dan hari ini satu hari yang menentukan masa depan negeri. Kami berharap kita dapat kekal dengan majoriti dua pertiga,” katanya kepada pemberita selepas membuang undi hari ini.

Sementara itu, Amirudin menyeru rakyat Selangor untuk turun mengundi bagi menentukan masa depan kerajaan negeri.

Amirudin Shari dan isteri, Masdiana Mohamad beramah mesra dengan pengundi di pusat mengundi SJK (C) Selayang Baru, hari ini. – Edisi9/Ahmad Shazwan Md. Yusof

“Saya nak seru rakyat negeri Selangor nampaknya 15 hingga 20 minit awal ini sudah mula ramai dan kena ambil kesempatan untuk turun beramai-ramai untuk mengundi.

“Kita bimbang mungkin sebelah petang berlaku cuaca yang tidak mengizinkan seperti hujan dan sebagainya.

“Ambil kesempatan tunaikan tanggungjawab dan berikan peluang kepada anda memutuskan pentadbiran negeri dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan