26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

103,197 kertas undi pos bagi PRN, PRK Kuala Terengganu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 103,197 kertas undi pos kepada yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.036 Kuala Terengganu.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pengeluaran kertas undi pos bermula pada 31 Julai lalu oleh petugas pilihan raya di kesemua 245 DUN dan satu kawasan Parlimen.

“Bagi PRU DUN Ke-15, sebanyak 102,070 kertas undi pos telah dikeluarkan yang terdiri daripada 87,666 Kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya, pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.

“Sebanyak 7,972 undi pos pula bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 4,705 Kategori 1C (agensi dan organisasi) serta 1,727 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara,”katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Advertisements

Sementara itu, katanya, bagi PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu, sebanyak 1,127 kertas undi pos dikeluarkan yang terdiri daripada 961 Kategori 1A, 77 undi pos bagi Kategori 1B, 71 Kategori 1C dan 18 lengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Ujar beliau, proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua calon yang bertanding.

Dalam pada itu, katanya, SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus berkenaan sebelum jam 5 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 12 Ogos ini.

“Pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan