33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Langganan Program ‘Green Electricity Tariff’ dibuka 11 Ogos ini

Mesti Baca

PERMOHONAN bagi kuota langganan baharu di bawah program Tarif Elektrik Hijau (Green Electricity Tariff – GET) akan mula dibuka semula pada 11 Ogos ini dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata, program GET adalah solusi berasaskan langganan untuk pengguna mesra alam dan organisasi dengan matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir

Urus (Environmental, Social and Governance – ESG) bagi mendapatkan bekalan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk kediaman dan perniagaan mereka.

“Pengguna yang melanggan kepada Program GET tidak akan dikenakan caj Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi jumlah penggunaan elektrik daripada sumber TBB (terhad kepada blok GET yang dilanggan).

“Selain itu, pengguna program ini juga akan mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa melalui Sijil Tenaga Boleh Baharu Malaysia (Malaysia Renewable Energy Certificate – mREC) yang akan dianugerahkan pada penghujung tahun kalendar bagi mengiktiraf jumlah penggunaan tenaga elektrik

Advertisements

daripada sumber TBB di sepanjang tempoh langganan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, satu sesi taklimat oleh ST berkenaan program GET ini akan diadakan secara hibrid pada esok bermula jam 9.30 pagi.

Pihak syarikat yang berminat mengetahui secara mendalam mengenai program ini dipelawa untuk menghadiri sesi ini secara dalam talian melalui pautan http://tiny.cc/GETbriefing.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, layari www.tnb.com.my/get atau hubungi TNB Careline di talian 1-300-88-5454 / emel ke [email protected].

Layari laman sesawang rasmi ST (www.st.gov.my) untuk mendapatkan panduan terkini bagi program ini. Sebarang pertanyaan juga boleh diemelkan kepada emel [email protected]. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan