31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Undi pecah jika Muda bertanding di Kedah – Mahdzir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak menolak kemungkinan berlaku pecahan undi jika Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ini kerana menurutnya, pertandingan tiga penjuru atau lebih akan menimbulkan pelbagai persepsi kepada pengundi berikutan mereka mempunyai banyak pilihan.

“Macam-macam persepsi (timbul) bila lebih daripada dua (penjuru), sampai ke peringkat pelbagai gambaran yang boleh diberikan dengan apa yang akan berlaku apabila lebih daripada dua penjuru.

“Bagaimanapun di Kedah, kita tidak pasti lagi samada mereka akan bertanding atau tidak, setakat ini mereka baru umumkan bertanding di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Sumbangan Yayasan Bank Rakyat di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Kuala Nerang hari ini.

Mahdzir Khalid (tengah) bersama Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi (kanan) ketika hadir ke Majlis Penyerahan Bakul Makanan Sumbangan Bank Rakyat di Kuala Nerus, hari ini. – Edisi9/Mahdzir Khalid

Jelas Mahdzir, pihaknya bagaimanapun bersikap terbuka sekiranya Muda mahu bertanding di Kedah selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

Advertisements

“Dalam demokrasi ini apa yang boleh dikata kalau orang nak masuk, tak boleh nak halang.

“Sebab dalam demokrasi mana mana parti yang berdaftar sah boleh bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Media semalam melaporkan, Muda mengumumkan empat calon muka baharu untuk kumpulan pertama bagi menghadapi PRN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, 12 Ogos ini.

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Muda, Loqman Long berkata, Setiausaha Agung parti, Amir Hariri Abd. Hadi akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang (N29) manakala Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen akan bertanding DUN Batu Tiga.

Katanya, parti itu juga menampilkan dua lagi calon wanita iaitu R. Thanusha yang akan bertanding di DUN Sentosa sementara Melanie Ting Yi Hlin akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa (N19). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan