27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Lebih 200,000 penerima STR akan terima SARa RM600 Isnin ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 bermula Isnin ini.

Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, sumbangan itu akan membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

“Kerajaan sudah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Sebagai tambahan, lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih, akan turut menerima SARa mulai 17 Julai ini.

“Bagaimanapun, perincian berhubung program SARa ini, akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan meluncurkan Program Geran Padanan Pendigitalan PMKS dengan peruntukan RM100 juta pada Ogos 2023.

Advertisements

Sejumlah peruntukan juga dikhususkan untuk menggalakkan penjaja kecil aktif dalam pemasaran digital serta melanggan aplikasi pendigitalan perniagaan.

Beliau juga mengumumkan Skim Perubatan Madani akan diperluaskan pelaksanaannya ke tujuh negeri lagi.

Tambah beliau, ia melibatkan bandar dengan kependudukan tinggi seperti Klang, Johor Bahru dan Kuching.

“Melihat sambutan yang amat menggalakkan dan keberkesanan skim ini, skim ini akan diperluaskan di tujuh negeri terutama di bandar yang berkependudukan tinggi seperti Klang, Johor Bahru dan Kuching,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan tambahan peruntukan RM100 juta untuk pelaksanaan projek kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikan keseluruhan peruntukan bagi tahun ini sebanyak RM400 juta.

“Kerajaan turut bersetuju menambah peruntukan penyelenggaraan dan pembaikan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan sebanyak RM600 juta menjadikan keseluruhan untuk tahun 2023 RM1.5 bilion.

“Sebagai tambahan, kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan sebahagian peruntukan penyelenggaraan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi melaksanakan projek penyelenggaraan kecil di sekolah kerajaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan