31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

JAIS siasat Fahmi Fadzil berucap di masjid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) kini menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, siasatan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima aduan berkaitan perkara tersebut.

“Pihak JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan.

Advertisements

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama,”katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, JAIS ingin mengingatkan dan menegaskan kepada semua calon dan parti yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada di dalam dan kawasan masjid atau surau bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan yang melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Arahan Majlis Agama Islam Selangor,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan