25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Hojlund jalani ujian kesihatan hari ini, bakal ke United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RASMUS Hojlund dijangka terbang ke England hari ini bagi menjalani ujian kesihatan bagi melengkapkan perpindahannya ke Manchester United.

Ini susulan Red Devils bersetuju membayar yuran perpindahan RM435.3 juta kepada Atalanta untuk mendapatkan penyerang berkenaan.

Hojlund yang merupakan bakat muda Denmark menjadi buruan pengurus, Erik ten Hag bagi mengetuai jentera serangan United yang ketandusan gol musim lalu.

Menurut laporan The Athletic, penyerang berusia 20 tahun itu akan menjalani ujian kesihatan sebaik sahaja tiba di komplek latihan kelab di Carrington.

Hojlund sudah pun bersetuju dengan terma dan syarat yang ditawarkan kelab Manchester itu dengan kontrak lima tahun serta opsyen lanjutan setahun.

Advertisements

United dilapor membayar harga yang sangat mahal untuk penyerang muda yang hanya mencetak sembilan gol di Serie A musim lalu.

Namun, ten Hag percaya beliau mampu pemain tersebut berpotensi besar dan mampu mentransformasi kelab menjadi pesaing kejuaraan liga.

Sekiranya melapasi saingan kesihatan, Hojlund akan menjadi pembelian musim panas ketiga United selepas ketibaan Mason Mount dan Andre Onana.

Dan ketibaan Hojlund pastinya akan membuatkan beberapa pemain langkah terpaksa angkat kaki seperti Anthony Martial dan Jadon Sancho yang disebut-sebut akan menyertai kelab lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan