34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Al-Hilal tawar RM727.3 juta untuk Osimhen

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB Arab Saudi masih belum mahu berhenti berbelanja. Kali ini, giliran Al-Hilal mengeluarkan modal besar apabila membuat tawaran sebanyak RM727.3 juta untuk mendapatkan Victor Osimhen dari Napoli.

Tawaran tersebut hadir hanya selepas sehari Kylian Mbappe menolak peluang berhijrah ke negara Asia Barat tersebut.

Menariknya, kelab yang dimiliki Public Investment Fund (PIF) itu turut menawarkan gaji mega kepada Osimhem dengan tawaran RM6.05 juta seminggu.

Bagaimanapun, tawaran mega itu dijangka akan ditolak kelab dari Itali itu kerana sebelum ini Napoli meletakkan tanda harga sebanyak RM1.03 bilion untuk penyerang antarabangsa Nigeria itu.

Advertisements

Pemilik kelab, Aurelio De Laurentiis sebelum ini berkata beliau percaya hanya Paris Saint-Germain (PSG) merupakan kelab tunggal yang mampu membeli Osimhen, sebelum minat ditunjukkan kelab Arab Saudi.

“Jika Nasser Al Khelaifi (Presiden PSG) mahu menghantar bidaan sekitar RM1.03 bilion, kami akan tunggu dan lihat. Secara peribadinya saya fikir Victor akan kekal,” katanya Julai lalu.

Osimhen meledak 26 gol musim lalu dan menjadi pemain dari Afrika pertama dinobatkan Capocannonierre selaku penjaring terbanyak Serie A.

Osimhen menyertai juara Itali itu dari Lille pada 2020 dengan yuran perpindahan besar sekitar RM417 juta dan akan menjadi pemain bintang terbaharu ke liga negara berkenaan jika perpindahannya menjadi kenyataan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan