25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong, Permaisuri berkenan cemar duli ke Pesta Kuantan 188

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 188, malam tadi.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua ke menara kedua tertinggi di Malaysia itu disambut oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan kerabat diraja yang lain.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah Datuk Omar Naresh Mohan serta Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad.

Advertisements

Majlis turut dimeriahkan dengan acara memotong kek dan menjamah pulut kuning sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Peribadi Al-Sultan Abdullah yang jatuh pada 30 Julai dan Tunku Azizah pada 5 Ogos ini.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan silat, pukulan gendang perpaduan dan nyanyian artis antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Man Bai, Ameng Spring, Aizat Amdan, Aishah Retno, Santesh serta pelawak Harith Iskander.

Pesta Kuantan yang berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu (29 Julai) antara lain turut melibatkan penganjuran perlumbaan perahu naga Diraja Pahang, persembahan bakat dan kebudayaan, larian ria, berbasikal serta gerai jualan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan