34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Cowill setuju kekal enam tahun lagi di Stamford Bridge

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN pertahanan, Levi Colwill bersetuju dengan tawaran kontrak baharu yang ditawarkan Chelsea untuk kekal selama enam tahun lagi di Stamford Bridge.

Menerusi kontrak baharu tersebut, pemain pertahanan berusia 20 tahun itu akan menerima gaji lebih RM604,600 seminggu.

Brighton menyatakan minat untuk mendapatkan Cowill susulan prestasi cemerlang yang dipamerkan pemain itu ketika dipinjamkan ke kelab itu musim lalu.

Bagaimanapun, dua tawaran bernilai RM181.4 juta dan RM241.8 juta yang dikemukakan ditolak The Blues, kerana mahu menjadikan Cowill pemain utama musim ini.

Advertisements

Peluang Cowill disenaraikan dalam kesebelasan utama Chelsea cerah selepas pemain yang beraksi di posisi sama, Benoit Badiashile masih diketepikan kerana kecederaan hamstring serius.

Chelsea bagaimanapun dilapor telah bersetuju mengikat pemain pertahanan AS Monaco, Axel Disasi yang dikatakan akan menjejaskan peluang Cowill.

Namun, pemain pertahanan muda Perancis itu dibawa masuk sebagai pengganti Wesley Fofana yang terpaksa diketepikan dalam jangka panjang kerana kecederaan lutut.

Perpindahan itu juga memberi bayangan kemungkinan Trevor Chalobah akan dijual dengan Inter Milan dan West Ham dilapor berminat mendapatkan pertahanan muda tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan