31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di pusat jagaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pusat jagaan di Jalan 5/31 Seksyen 5, Petaling Jaya awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Mad Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 pagi.

“Seramai 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas berkeluasan 50×100 kaki persegi, jenis bangunan berstruktur kelas A, melibatkan kemusnahan sebanyak 30 peratus daripada keluruhan bangunan.

Advertisements

“Semasa kejadian, terdapat 14 penghuni termasuk penjaga bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, terdapat seorang mangsa wanita tempatan berusia 69 tahun ditemukan rentung di atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan