Monday, July 20, 2026

Cukuplah 33 tahun Pas tadbir Kelantan – Mohd. Puad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TEMPOH 33 tahun Pas mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan merupakan satu tempoh masa yang cukup panjang sehinggakan parti itu ketandusan idea bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dasar sebagai sebuah negeri yang berlandaskan Islam yang diperjuangkan juga tidak dapat dilaksanakan Pas.

Untuk itu, rakyat Kelatan perlukan pemimpin baharu daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir dan menguruskan permasalahan terutama isu air di negeri itu.

Mamadailah 33 tahun, sudah tepu dan ke siling. Pas pun tak tahu nak buat apa lagi. Idea dah habis, isu air tetap tidak selesai. Mana boleh selesai dengan penjenamaan semula Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB)

“Hendak kata Islam terlaksana tidak juga, tidak ada yang luar biasa, masih retorik. Bagi peluang pula BN-PH. Kerjasama baru demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya menerusi catatan Facebook hari ini.

Sebanyak 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi rebutan di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Mohd. Puad berkata, sekiranya kerajaan negeri selari dengan pentadbiran kerajaan persekutuan pastinya lebih mudah peruntukan disalurkan.

Justeru katanya, kini sudah tiba masanya Pas berada di kedudukan sebaliknya sebagai pembangkang di Kelantan.

“Lebih mudah pusat dan negeri selari. Terlalu lama tidak selari. Islam terus ditunggangi. Elok Pas pula ambil peranan sebagai pengimbang yang baik,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan