28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Kenyataan tular Hadi Awang dilarang masuk Arab Saudi, palsu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN tular mendakwa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilarang memasuki Arab Saudi kerana ideologi pengganas, adalah palsu.

PAS menerusi kenyataan di Facebook rasminya, berkata penyebaran dakwaan sedemikian bukti terdapat pihak yang ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Faktanya adalah kenyataan rasmi Arab Saudi menggunakan tahun hijrah, bukan masihi dan Abdul Hadi bukan lagi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

Advertisements

“Ayuh bersama Perikatan Nasional (PN), kita lenyapkan budaya politik yang rendah akal budi seperti ini dan kita bina negara yang bersih dan stabil,”menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam satu kenyataan kononnya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilarang memasuki Arab Saudi kerana didakwa mempunyai ideologi pengganas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan