33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Syahir terima pelawaan Rafizi berdebat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENOLONG Setiausaha Agung Pas, Mohd. Syahir Sulaiman membuat pusingan U apabila menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Persetujuan Ahli Parlimen Bachok itu menyertai perdebatan tentang ekonomi negara disampaikan Rafizi menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Rafizi, acara tersebut akan diadakan pada 9 Ogos ini, tiga hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Mohd. Syahir menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau. Saya ucapkan terima kasih. 

“Platform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat. Maklumat lanjut debat akan dimaklumkan tetapi tarikh setakat ini adalah 9 Ogos,” katanya.

Advertisements

Rafizi sebelum ini berang selepas hasratnya mengajak beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berdebat ditolak permintan berkenaan.

Selain Mohd. Syahir, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Sanusi Mohd. Nor dan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak pelawaan Rafizi.

Menurutu Rafizi, mereka menolak debat sebab tidak ada idea atau pelan ekonomi langsung. 

“Buktinya ada di negeri-negeri yang mereka tadbir. Memerintah bukan soal kuasa semata, tetapi amanah untuk tambah baik hidup rakyat.

“Ada cadangan nama lagi ke dari PN? Risau bila ajak, suruh hantar surat tapi lepas itu tolak lagi,” katanya baru-baru ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan