26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Osimhen pertimbang saman Napoli gara-gara video TikTok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

VICTOR Osimhen mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikannya, SS Napoli berhubung penyebaran video tular yang dimuat naik di akaun rasmi kelab di plaform TikTok.

Kandungan yang muat naik semalam disifatkan cuba mempersenda Osimhen selepas penyerang Nigeria itu menyepak liar sepakan penalti ketika aksi Serie A menentang Bologna, minggu lalu.

Dalam paparan video, penyerang itu dilihat cuba meminta penalti daripada pengadil dan disertakan kapsyen ‘Gimme penalty please’ dan kemudian disusulan sepakan penalti Osimhen.

Ejen Osimhen, Roberto Calenda berkata, penyerang tersebut mempertimbang untuk menyamakan kelab biarpun video tersebut telah dipadam dari media sosial kelab.

Advertisements

“Apa yang berlaku hari ini ini di profil TikTok Napoli tidak boleh diterima. Satu video yang mempersenda Victor (Osimhen) disiarkan secara umum dan kemudiannya dipadam.

“Ini boleh memberikan imej buruk kepada pemain yang sebelum ini tertekan dengan khabar angin sebelum ini.

“Kami berhak mengambil tindakan undang-undang dan ia dilakukan adalah bagi melindungi Osimhen,” katanya menerusi kenyataan di platform X.

Hubungan Osimhen dan pengurus, Rudi Garcia baru-baru ini dilaporkan retak dan ia dapat dilihat apabila penyerang itu dikeluarkan lewat pemainan biarpun pasukan ketika itu mencari gol kemenangan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan