27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Jualan Agro Madani beri manfaat 6.4 juta isi rumah

Mesti Baca

JUALAN Agro Madani dijangka memberi manfaat kepada 6.4 juta isi rumah dengan nilai penjimatan dianggarkan RM11.5 juta.

Jualan itu akan diperluaskan dengan sasaran sebanyak 5,000 sesi jualan sehingga Disember ini. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Jualan Agro Madani adalah penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan kementerian melalui tiga agensi pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Menyedari kos sara hidup yang meningkat, Kerajaan Perpaduan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Ekonomi Sara Hidup (NACCOL) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Jualan Agro Madani di seluruh negara.

“Ia juga dapat menyumbang kepada peningkatan kebolehdapatan dan ketersediaan bagi memudahkan pengguna mendapatkan bekalan produk segar pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Himpunan Dan Deklarasi Usahawan Pemasar Agro Madani (KHIDMAD) di Institut Latihan FAMA di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, pencapaian Jualan Agro Madani sehingga 20 September lalu mencatatkan nilai jualan RM43.5 juta yang diadakan di 2,282 lokasi di seluruh negara yang membabitkan 34,123 usahawan.

Advertisements

“Program ini juga mencatatkan nilai penjimatan sebanyak RM13.05 juta kepada 4.56 juta isi rumah dan secara tidak langsung menunjukkan Jualan Agro Madani mendapat sambutan yang sangat baik daripada rakyat Malaysia bagi golongan B40 dan M40.

“Antara pengisian dalam program dua hari diadakan ini ialah townhall, pembentangan kertas kerja dari PERKESO, Agrobank, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan lain-lain yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tani untuk mengembangkan lagi saiz pasaran mereka,” katanya.

Mohamad berkata, lanjutan dari kerjasama bersama Agrobank, pihaknya akan meneliti beberapa perkara lagi dan akan melancarkan dalam masa terdekat yang mana nilai kerjasama ini adalah sebanyak RM10 juta.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Usahawan FAMA kepada enam orang usahawan yang meliputi kategori Pengeksport Produk Segar Terbaik, Pengeksport Produk Proses Terbaik, Usahawan Digital Terbaik, Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran Terbaik, Pemasar Tani Terbaik dan Outlet Peruncitan Terbaik.

Turut disampaikan Geran Pengukuhan Pemasaran Usahawan Agro dan Geran Agro pelancongan kepada enam usahawan FAMA yang berjumlah RM615,000.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli dan Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan