24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

AIIB terap pembiayaan inklusif untuk negara membangun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mencadangkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asian (AIIB) supaya menerapkan mekanisme pembiayaan yang inklusif serta memenuhi keperluan khusus negara-negara membangun.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, cadangan tersebut disampaikan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menyampaikan kenyataan Malaysia di mesyuarat tahunan AIIB yang berlangsung dari 25 hingga 26 September di Sharm El-Sheikh, Mesir.

Jelasnya, Ahmad turut menyatakan pendirian Malaysia supaya AIIB meneroka pilihan pembiayaan alternatif seperti geran dan mekanisme kewangan campuran (blended financing), selaras dengan prinsip perkongsian risiko yang saksama dalam kewangan Islam.

“Ini dapat menggantikan model pembiayaan awam seperti pinjaman penuh untuk membantu negara-negara membangun menerima pakai amalan-amalan mesra iklim.

“Usaha ini akan mempercepatkan peralihan negara-negara tersebut ke arah ekonomi rendah karbon.

Advertisements

“Tambahan lagi, masyarakat yang terkesan dengan perubahan iklim akan menerima manfaat melalui strategi adaptasi yang dapat mengurangkan risiko dan bahaya iklim seperti banjir, tanah runtuh atau ribut taufan,” katanya hari ini.

Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat tahunan yang kelapan bagi AIIB dan diadakan buat pertama kalinya di benua Afrika serta dilaksanakan secara fizikal selepas pandemik.

AIIB dianggotai 107 negara ahli dan berfungsi sebagai bank pembangunan multilateral yang bertujuan menyokong pembangunan ekonomi mampan dan menggalakkan kerjasama serantau dalam menangani isu dan cabaran pembangunan negara-negara anggota.

Malaysia menganggotai AIIB pada 2016. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan