25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PRK: 226 permit ceramah, kempen diluluskan sehingga semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor sudah meluluskan 226 permit ceramah dan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sejak 26 Ogos lalu sehingga semalam.

Jurucakap Media PRK Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, jumlah itu adalah daripada 235 permohonan yang diterima pihak polis.

“Semalam sahaja, sebanyak 31 permit ceramah dan kempen PRK diluluskan kawasan Parlimen Pulai. Ia meliputi 10 permit bagi ceramah dan 21 permit bagi kempen di Parlimen berkenaan.

“Sementara, sebanyak 15 permit ceramah dan kempen bagi DUN Simpang Jeram yang meliputi 14 permit ceramah dan satu permit kempen.

Advertisements

“Dalam pada itu, sebanyak dua kertas siasatan juga sudah dibuka sepanjang tempoh berkempen, membabitkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Polis Johor menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, banner, bendera, kain rentang mana-mana parti politik dengan mencabut atau membakarnya.

“Ini kerana, ia merupakan satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya, berdepan sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan