31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PRK: 43 permit ceramah, kempen diluluskan setakat Rabu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor telah meluluskan 43 permit ceramah dan kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Rabu.

Menurut jurucakap media Pilihan Raya Keci (PRK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som kesemua 43 permit terbabit melibatkan 13 permit ceramah dan 20 permit kempen bagi Parlimen Pulai.

“Manakala enam permit ceramah serta empat permit kempen di DUN Simpang Jeram (N.13).

“Bagi tempoh mulai 26 Ogos hingga 6 September 2023, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka.

Advertisements

“Sementara, sebanyak 367 permit telah diluluskan daripada 377 permohonan yang diterima,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, Polis Johor menasihatkan agar semua parti serta kumpulan penyokong berkempen secara sihat dan menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan dengan mencabut atau membakar poster-poster, gegantung, bendera, kain rentang mana-mana parti politik.

“Hal itu merupakan satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, berlandaskan undang-undang yang sedia ada,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan