26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kenyataan berbaur fitnah, Mujahid saman Dusuki RM1 juta

Mesti Baca

NAIB Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyaman penceramah bebas, Ahmad Dusuki Rani sebanyak RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Mujahid berkata, tindakan undang-undang itu diambil selepas bekas pimpinan Dewan Ulama PAS berkenaan secara berterusan mengeluarkan fitnah terhadapnya.

Katanya, kenyataan berunsur fitnah itu dikeluarkan susulan kekalahan Dusuki dalam saman fitnah terhadapnya sebelum ini.

“Saya mendapati kenyataan Dusuki mempunyai unsur penghinaan kepada mahkamah apabila dia dilihat bukan sahaja mempertikaikan, malah memperlekehkan serta memutarbelitkan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Oleh itu peguam saya iaitu Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir hari ini mengeluarkan notis tuntutan kepada Dusuki bagi memadamkan kenyataan fitnah berkenaan dalam tempoh 48 jam kerana ia mengelirukan orang ramai.

“Berhenti memberikan kenyataan berunsur fitnah dan mengelirukan terhadap saya serta membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 31 Ogos lalu, Ahmad Dusuki yang menarik balik rayuan berhubung saman fitnah terhadap Mujahid menyindir bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kerana dapat menyelamatkan hampir RM300 juta nilaian tanah ladang harta pendeposit Tabung Haji (TH).

Advertisements

Ahmad Dusuki menafikan kalah selepas menarik balik rayuan berhubung saman fitnah pada 28 Ogos lalu.

Rayuan Ahmad Dusuki itu membabitkan isu di sebalik penjualan aset TH dan berkaitan ciapannya: “Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa, berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri, hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya. Allahu mustaan.”

Susulan penarikan balik rayuan itu pada Isnin lalu, Ahmad Dusuki diperintahkan membayar kos RM5,000.

Mahkamah Sesyen Shah Alam di Selangor sebelum ini, menolak saman fitnah itu dengan kos RM11,000 sebelum penceramah bebas itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu, Mujahid menambah peguamcaranya turut mengeluarkan notis bagi menuntut Dusuki membayar keseluruhan kos yang diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini berjumlah RM23,000 dalam tempoh 14 hari.

“Sekiranya dia gagal mematuhi tuntutan, saya tidak teragak-agak akan teruskan dengan tindakan Mahkamah terhadap Dusuki, termasuk prosiding menghina mahkamah,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan