29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Puad Zarkashi cabar Syed Saddiq kosongkan kerusi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencabar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengosongkan kerusi Parlimen Muar.

Cabaran itu dibuat susulan Presiden MUDA itu memberi ugutan untuk menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan berikutan keputusan melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamdi.

Mohd. Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit berkata, parti MUDA tidak perlu beri amaran untuk tarik sokongan atau turun ke jalan raya.

“Tarik sahaja sokongan kalau MUDA anak jantan tulen.

“Lagi pun MUDA secara tidak rasmi sudah keluar Kerajaan Perpaduan. MUDA tanding solo di Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. Semua hilang deposit. MUDA yang langgar “Red Line”,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut mempersoalkan keupayaan MUDA untuk mempertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa yang kini disandang Timbalan Presiden parti itu Amira Aisya Abd. Aziz.

Advertisements

“Jangan jadikan kes DNAA (Dibebaskan tanpa dilepaskan) Zahid ugutan agar MUDA diterima masuk PH. Tunggu penjelasan apa lagi. Rupanya MUDA juga malas baca 11 alasan Pendakwaraya.

“Daripada ugut kerajaan hilang majoriti dua pertiga elok Saddiq kosongkan kerusi. Bolehkah Muar dan Puteri Wangsa menang tanpa sokongan PH? Confirm tidak berani. Cuma mengugut,” sindir beliau.

Sebelum ini MUDA memberi amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.

Katanya, walaupun hanya mempunyai satu kerusi parlimen, kerajaan boleh hilang majoriti dua pertiga dalam parlimen jika MUDA berbuat demikian.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan