24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ustaz Dusuki ingatkan Syed Saddiq jangan persenda agama

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tindakan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan keadilan dalam pelaksanaan hukum hudud jika dikuatkuasakan adalah satu dosa besar kerana mempersenda hukum agama.

Anggota Jawatankuasa Ulama Pas Pusat, Ahmad Dusuki Abd Rani menegaskan, bekas menteri belia dan sukan itu juga perlu merasakan ada dosa dan pahala pada percakapan dan penulisan beliau.

“Jika kata-kata ‘budak baru aqil baligh’ (Syed Saddiq) ni sengaja, ia merupakan dosa besar mempersenda kan hukum agama, jika atas kejahilan, maka beristigfar dan bertaubatlah,” tulis Ahmad Dusuki dalam Facebook beliau.

Semalam, Syed Saddiq membangkitkan persoalan apakah hukum hudud sekiranya dilaksanakan, bakal dikuatkuasakan secara adil.

“Rakyat biasa yang langgar kuarantin, didenda RM12,000 dan dipenjara sampai lima bulan.

“Bila melibatkan menteri, “undang undang” lain dipakai untuk menyelamatkan kawan.

“Kalau hudud dilaksanakan, rakyat biasa dipotong tangan, menteri potong kuku (potong gaji) sahaja,” ciapnya di Twitter.

Ciapan Syed Saddiq itu dipercayai merujuk kepada kompaun sebanyak RM1,000 yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali kerana tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari luar negara.

Advertisements

Pada masa sama, Ahmad Dusuki yang juga bekas Timbalan Ketua Ulama Pas Selangor meminta Syed Saddiq supaya cuba pandang kiri dan kanan dalam setiap apa yang ingin diluahkannya.

“Maknanya, tanya dulu kesan hukum dari kata-kata jijik ini.

“Nampak sangat kebiadaban terhadap hukum Islam! yang kamu benci terhadap menteri tu satu perkara yang berbeza dengan mempersendakan hukum agama! ada faham? tegas Ahmad Dusuki.

Dalam perkembangan berkaitan, komen dibuat Syed Saddiq itu mengundang kecaman pengguna Twitter.

“Bro, hudud jangan buat main bro. Nak hentam menteri Pas tu, silakan, aku dah muak orang-orang politik macam dia dan kau, hipokrit je lebih.

“Tambahan pula, setiap orang tahu  anda seorang opportunist, asal ada ruang hentam.Tapi hudud jangan buat main bro, akal ada pakai sikit, jangan melampau,” tulis Hakim Rizal dalam komen balas terhadap ciapan ahli Parlimen Muar itu. 

Seorang lagi pengguna, Najib Azna meminta Syed Saddiq tidak menyamakan hukum Allah dengan hukum potong kuku kerana boleh menjatuhkan akidah.

“Nasihat Menteri dengan cermat bukan dengan emosi. Fahami undang-undang. Anda juga bukan maksum pun dalam kerajaan sebelum ini,” ciapnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan