25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Syed Saddiq pula mahu tubuh parti baharu

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KUALA LUMPUR – Jumlah parti politik dalam negeri ini bakal bertambah lagi susulan keputusan bekas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu menubuhkan parti sendiri.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan keputusannya tidak menganggotai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, parti baharu yang berbilang kaum itu hanya mefokuskan kepada golongan belia sahaja seperti mana Future Forward di Thailand dan En Marche di Perancis.

“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.

“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.

“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” katanya kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang dalam Pilihan Raya Kecil Slim.

Syed Saddiq yang sebelum ini dilihat rapat dan setia dengan Dr Mahathir, namun ketika pegumuman Pejuang, Ahli Parlimen Muar itu tidak bersama-sama.

Baca juga:   Rokok, minuman keras seludup RM292,142 dirampas

Sebelum ini pun, beliau memberi bayangan tidak bersama Pejuang dan bercadang menubuhkan pergerakan belia.

Penubuhan Pejuang yang merupakan parti serpihan Bersatu dikecam pelbagai pihak kerana dilihat menambahkan lagi perpecahan orang Melayu.

Baca juga:   Tiada kerjasama dengan UMNO, hanya perbincangan awal - Anwar

Tindakan Dr Mahathir itu juga tidak seiiring dengan apa yang dibimbang beliau sebelum ini yang melihat begitu banyak parti politik Melayu-Islam di negara ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Sikap tak endah urus harta si mati membimbangkan

SIKAP tidak mengendahkan pengurusan harta pusaka si mati, menyebabkan banyak harta pusaka yang tidak dituntut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan