25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rumah pelacuran dibuka semula di Jerman, tiada aktiviti seks

Mesti Baca

BERLIN – Selepas lima bulan ditutup, puluhan ribu pelacur berdaftar di seluruh Jerman lega apabila kerajaan di negara itu mula membenarkan pembukaan kembali rumah pelacuran yang sah.

Media di negara itu melaporkan, walaupun boleh beroperasi semula, pekerja terbabit dilarang keras melakukan aktiviti hubungan seks dengan setiap pelanggan mereka.

Ia sebagai langkah pencegahan jangkitan wabak COVID-19 yang masih serius di Jerman dengan jumlah kumulatif dicatatkan setakat ini sudah mencecah 206,000 kes positif dan lebih 9,100 maut.

Sebagai ganti, pihak berkuasa sebaliknya hanya membolehkan klien mendapat perkhidmatan urut badan sehingga peraturan itu dilonggarkan secara berperingkat mulai awal September depan.

Sebagaimana di premis komersial lain seperti pasar raya, stesen minyak, pawagam dan tren bawah tanah, setiap pelanggan perlu memakai pelitup muka sebelum dibenarkan memasuki rumah pelacuran.

Larangan itu jelas bukan sahaja tidak disambut baik golongan lelaki yang ‘gersang’ penuhi nafsu seks mereka, malah pelacur sendiri kecewa kerana tidak dapat memuaskan syahwat pelanggan.

Seorang petugas sebuah rumah pelacuran di ibu kota Berlin yang berusia 49 tahun mendakwa, ramai rakannya kesal dengan sekatan pelik itu meskipun bertujuan baik untuk lindungi nyawa mereka.

“Saya lebih gemar khidmat layanan penuh… begitu juga klien saya,” katanya sambil mengakui sudah lama tidak dapat mencari rezeki ekoran penularan COVID-19 dikesan di Jerman sejak 27 Januari lalu.

Pekerjaan seks mula dilarang di negara itu sejak 15 Mac lalu sebagai usaha bagi mengekang wabak maut yang berbahaya ini merebak melalui kegiatan pelacuran berdaftar yang dikawal selia kerajaan.

Namun, tindakan itu dibantah pelacur apabila ratusan petugas seks mengadakan protes di luar Parlimen pada 3 Julai lalu bagi mendesak perkhidmatan persundalan tersebut dapat dibuka seperti biasa.

Ia susulan beberapa negara Eropah antaranya Austria, Belanda, Belgium dan Switzerland mula membenarkan pelacuran bagi menampung pendapatan dan juga mengatasi kebosanan lelaki yang ‘miang’ melakukan seks bebas.

Seperti negara Barat lain, Jerman ‘menghalalkan’ kerjaya pelacuran dengan dianggarkan sekitar 40,000 petugas seks berdaftar, sekali gus dilindungi kontrak kerja sah dan skim jaminan sosial.

Ketika ini, bagi mengelakkan dijangkiti COVID-19, semua rumah pelacuran sudah memasang notis peringatan kepada pelanggan agar isi maklumat diri, diperiksa suhu tubuh dan bebas daripada gejala.

Meskipun demikian, ada dalam kalangan pelacur sanggup mengabaikan larangan dan melakukan hubungan badan kerana sudah ‘terbiasa’, bahkan ada yang mendakwa tidak peduli jika disahkan positif virus itu. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan