32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pemasaran beretika lonjak industri nutraseutikal Malaysia

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh SYED NAJIB SYED MUSTAFFA

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang dikurniakan dengan pelbagai sumber asli yang mempunyai nilai kesihatan yang tinggi.

Hasil-hasil ini telah lama dieksport ke luar negara untuk dijadikan produk kesihatan sebelum dieksport semula ke negara kita dengan nilai berlipat kali ganda.

Sampai bilakah kita harus membiarkan trend ini berterusan? Apakah kita kekurangan pakar serta ahli profesional dalam bidang ini?

Berbagai kajian serta geran yang dikeluarkan oleg kerajaan telah dibelanjakan untuk kajian klinikal di universiti-universiti tempatan.

Namun kebanyakan hasil kajian ini terhenti tanpa dikomersialkan untuk diolahkan kepada produk kesihatan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak produk kesihatan yang berasaskan sumber asli seperti tongkat ali dan kacip fatimah berjaya dihasilkan serta mendapat kelulusan pihak berwajib.

Namun, setakat manakah tahap produk ini dapat diketengahkan di peringkat antarabangsa jika dibandingkan dengan apa yang dikeluarkan oleh syarikat multinasional seperti Abbott, Beufor Ipsen dan lain-lain.

Jika dikaji semula kejayaan syarikat multinasional ini adalah dari aspek teknik pemasaran yang profesional dan beretika.

Selain itu, dana pemasaran merupakan aspek yang harus ditekankan dalam strategi pemasaran produk.

Kerajaan telah banyak memberi bantuan dari aspek kajian, pembuatan produk serta penubuhan syarikat serta kilang serta industri pembuatan produk.

Namun dari aspek pemasaran, kita masih agak ketinggalan.

Essentiq Pharma Sdn Bhd telah berjaya mengetengahkan Androplus 200mg yang merupakan produk yang berasaskan ekstrak tongkat ali dengan fokus untuk dipasarkan hanya di klinik serta hospital swasta sahaja.

Androplus 200mg dihasilkan oleh Biotropics Malaysia Berhad yang merupakan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad.

pemasaran
Barisan produk yang dipasarkan Essentiq Pharma.

Berbagai kajian klinikal telah dijalankan di Malaysia, Amerika Syarikat serta Jepun tentang bagaimana ekstrak tongkat Ali dapat meningkatkan kadar testosteron dalam badan.

Dalam tempoh tiga tahun sahaja, Essentiq Pharma telah berjaya meyakinkan sebanyak 480 klinik serta hospital swasta untuk mempreskripsikan Androplus 200 mg kepada pesakit mereka.

Permintaan produk ini telah meningkat sejak pandemik COVID-19 meletus kerana hasil kajian yang dilakukan oleh Prof Hirokawa Orthomedico Inc dari Jepun menunjukkan ekstrak tongkat ali boleh membantu dalam meningkatkan kadar imuniti tubuh.

Berbalik kepada aspek pemasaran, teknik yang berasaskan data dan kajian klinikal amat penting dalam memberi nilai tambah sesuatu produk.

Kita amat memerlukan sistem pemasaran yang beretika serta berdasarkan fakta yang betul dan tidak hanya berasaskan testimoni sahaja.

Produk kesihatan tidak sepatutnya dipasarkan dengan sewenang-wenangnya dalam talian tanpa nasihat doktor dan ahli farmasi.

Banyak lagi sumber asli negara yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa jika kita serius untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar memberikan nilai tambah kepada Keluaran Negara Kasar Malaysia.

Jika syarikat-syarikat nutraseutikal tempatan ingin berdaya saing di peringkat antarabangsa, aspek pemasaran yang beretika dan profesional adalah amat penting dalam menjayakan matlamat ini. – EDISI 9

  • Penulis ialah Pengasas Essentiq Pharma Sdn Bhd dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran produk nutraseutikal.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan