26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Sempat hidup 25 saat selepas jet dibedil misil Iran

Mesti Baca

TEHERAN – Analisa sebuah kotak hitam dari pesawat Ukraine yang ditembak jatuh tentera Iran Januari lalu mendedahkan jet penumpang itu dibedil dua peluru berpandu hanya berselang 25 saat.

Malah, suara juruterbang dari kokpit pesawat Ukraine International Airlines dapat didengar daripada kotam hitam jet itu sebelum terhempas 8 Januari lalu mengorbankan 176 orang.

Teheran sebelum ini mengaku secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat Boeing 737-800 itu ketika ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) meningkat Januari lalu.

Pendedahan itu dibuat Ketua Pertubuhan Penerbangan Awam Iran, Touraj Dehghani Zanganeh semalam.

Menurutnya yang dipetik Mail Online, pesawat Ukraine International Airlines itu ditembak misil kedua hanya berselang 25 saat dari yang pertama.

PENUMPANG pesawat masih hidup selepas misil pertama mengenai jet.

Namun hanya 19 saat berjaya dirakam daripada tempoh keseluruhan rakaman sepanjang 25 saat itu berikutan kerosakan akibat bedilan misil pertama.

“Suara dapat didengar dari kokpit pesawat selepas misil pertama mengenai badan jet, menunjukkan masih ada penumpang yang hidup ketika itu.

“Namun tiada analisa tentang kesan dan keadaan pesawat diperoleh daripada kotak hitam selepas misil kedua mengenai jet itu,” kata Touraj.

Advertisements

Pengumuman itu adalah laporan rasmi pertama tentang rakaman kotak hitam pesawat dan data pesawat sejak ia dihantar ke Perancis untuk dianalisa Julai lalu.

Pengawal Revolusi Iran menembak jatuh pesawat Ukraine International Airlines dengan peluru berpandu permukaan ke udara sejurus ia berlepas dari Teheran 8 Januari lalu.

Teheran kemudiannya mengaku langkah itu adalah kesilapan besar oleh tentera yang sedang berwaspada akan tindak balas dari AS.

Iran sejak itu berunding dengan negara asal penumpang antaranya Ukraine dan Kanada serta memberi jaminan siasatan menyeluruh diadakan.

Teheran dan Kiev turut berunding mengenai pampasan kepada keluarga mangsa dan pusingan rundingan berikutnya dijadual Oktober ini.

Sementara itu, sebanyak 20 orang di Iran dipenjara kerana menyertai protes aman berhubung nahas pesawat berkenaan.

Pengguna Twitter di Iran juga sempat memuatnaik ciapan: “Mereka sempat hidup selama 19 saat… satu tragedi.” – Agensi

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan