27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Istiqamah hadapi ‘serangan’ mahu hancurkan MN – Zahid

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan, ‘serangan’ bagi menghancurkan Muafakat Nasional bukan sahaja datang daripada luar tetapi juga terdapat juga unsur-unsur dalaman.

Oleh itu beliau menegaskan, istiqamah dalam kalangan pemimpin adalah penting dan menegaskan UMNO dan Pas tidak akan membubarkan Muafakat Nasional.

‘’Istiqamah di kalangan pemimpin-pemimpin penting. Ia serangan bukan datang daripada luar sahaja yang mahu melihat bahawa Muafakat Nasional harus dihancurkan, kita pun faham unsur-unsur dalamanpun ada.

”Tetapi demi ummah, demi rakyat,demi negara keseluruhannya UMNO dan Pas tidak akan pernah lari dan tidak akan membubarkan Muafakat Nasional malah akan diperkasakan biarpun dinamika politik ini terpaksa menggamit rakan-rakan yang lain,’’ katanya seperti dipetik daripada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Muafakat Nasional bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Pilihan Raya Kecil DUN Slim, di Tanjung Malim, malam tadi.

Advertisements

Menurut Ahmad Zahid, walaupun berhadapan pelbagai cabaran termasuklah usaha menghancurkan Muafakat Nasional namun ia akan dihadapi dengan penuh tekad dan istiqamah demi kesejahteraan ummah dan rakyat.

Hubungan antara pemimpin UMNO dan Pas semakin akrab.

‘’Kalau ada pun permasalahan, ini adalah permasalahan cabang…asalkan pokok politik itu bertunjangkan kepada akar tunjang yang kukuh, asalkan pokok politik itu mempunyai ranting-ranting yang kukuh.

”Biarpun kadangkala pokok yang tinggi di antara pokok-pokok yang lain lain, pokok itulah yang akan kena angin kencang atau petir namun akar yang kukuh itu iaitu UMNO dan Pas, insya Allah pokok itu akan terus subur melindungi dan menaungi sebagai tempat berteduh ummah…rakyat dan negara ini,’’ ujarnya.

Dalam ucapannya itu juga Ahmad Zahid menegaskan bahawa PRK Slim sebagai satu ‘indicator’ untuk PRU-15 bahawa kerajaan yang ada hari ini bukanlah sebuah kerajaan pintu belakang.

‘’Saya melihat tuduhan bahawa kerajaan sekarang ini kononnya kerajaan ditebuk dari atap atau masuk pintu belakang maka mandat baru harus dicari bagi membuktikan bahawa kerajaan ini yang didokong oleh 12 parti yang berbeza akan mandat baru daripada rakyat,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan