Wednesday, June 17, 2026

Cuaca diramal cerah di hampir semua lokasi penamaan calon

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CUACA diramal cerah di hampir kesemua kawasan di enam negeri yang terlibat dalam penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Merujuk laman web MetMalaysia, semua daerah di empat negeri dijangka cerah pada sebelah pagi iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, paparan tersebut turut menunjukkan hanya beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang dijangka hujan pada waktu pagi.

Di Kedah pula, cuaca hujan diramal melanda daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Langkawi manakala Pulau Pinang melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya.

Dalam pada itu, suhu pada hari penamaan calon enam di negeri tersebut diramal sekitar 23 hingga 34 darjah celsius.

Esok adalah hari penamaan calon PRN bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bermula dari 9 hingga 10 pagi untuk proses penghantaran borang. – BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan