30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

BN-PH yakin mampu tawan Terengganu – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin gabungan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) mampu menawan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu perlu disertakan dengan penyampaian yang berkesan daripada jentera parti bagi memberi kefahaman kepada pengundi di negeri tersebut.

Ini kerana katanya, Terengganu merupakan swing-state (sentiasa berubah-ubah) yang memerlukan kerja keras ahli serta berharap tiada unsur rasuah dilakukan ketika berkempen.

“Terengganu adalah swing state, macam buai, kadang di atas kadang di bawah. Dulu kita jadi kerajaan, kini kita kalah tetapi perasaan saya, saya harap perasaan saya betul. 

“Di hari Jumaat, kali ini memang BN dan PH yang akan ambil-alih Kerajaan Terengganu. Dengan syarat penjelasan yang diberikan Abang Mat (Datuk Seri Ahmad Said) dalam ceramah mesti disampaikan kepada seluruh pengundi Terengganu, tolong sampaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. 

Advertisements

Turut hadir Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Pengerusi PH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mengulas lanjut Presiden UMNO itu berkata, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk BN-PH merampas kembali Terengganu daripada Pas.

Mengambil contoh di Kelantan, beliau berkata, apa yang berlaku di negeri itu tidak akan berlaku di Terengganu jika Mandat dikembalikan kepada mereka.

“Kita harap kali ini rakyat Terengganu bangkit dan tukar kerajaan kepada Kerajaan Perpaduan di negeri ini. 

“Tetapi rakyat Terengganu jangan pernah mengizinkan pas untuk memerintah penggal yang kedua, cukuplah sekali sayang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

SEORANG pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun semalam. MAS dalam satu kenyataan bagi mengesahkan perkara...

Lagi Artikel Berkaitan