33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Insiden di SSI: FAM bidas kenyataan lambat bertindak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) membidas kenyataan pemerhati sukan, Sadek Mustaffa dan beberapa pihak lain berhubung kelewata bertindak dalam insiden penyokong Kuala Lumpur (KL) City FC yang dipukul sewaktu final Piala FA minggu lalu.

Timbalan Presidennya, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, FAM bukannya mengambil sikap untuk berdiam diri berhubung hal ini atau pun lambat untuk membuat sebarang tindakan.

Ini kerana katanya, mengsa telah membuat laporan polis pada keesokan hari selepas insiden berkenaan.

“Jadi sudah tentu di pihak FAM, kita tidak boleh membuat sebarang tindakan yang boleh mengganggu siasatan polis kerana ia telah menjadi kes polis.

“Walau bagaimanapun, FAM sentiasa bersedia dan terbuka untuk memberi kerjasama kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan kes ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Seorang lelaki mendakwa dipukul anggota Johor Military Force (JMF) ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lalu.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan dan ditahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami patah hidung pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam di seluruh badan.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff berkata, FAM selaku badan induk bola sepak negara sememangnya menolak keras segala bentuk salah laku yang berkaitan dengan hal-hal keselamatan, kekerasan atau keganasan dalam bola sepak.

“Initidak kira sama ada ia berlaku di dalam padang atau di luar padang yang membabitkan penyokong atau penonton.

“FAM tetap memandang serius dengan apa yang berlaku ini dan akan segera melakukan tindakan proaktif bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam memastikan kejadian sama tidak berulang pada perlawanan-perlawanan lain yang akan datang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Menangi lebih RM400,000 menerusi Anugerah HONOR Magic Moments 2024

ANUGERAH HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024. Pertandingan...

Lagi Artikel Berkaitan