30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Tujuh politeknik terima pengiktirafan akreditasi APACC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tujuh politeknik menerima pengiktirafan akreditasi daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC), baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd. Zahari Ismail berkata, akreditasi itu adalah pengiktirafan yang diberikan berdasarkan tujuh kriteria yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh institusi.

Katanya, dua politeknik iaitu Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Ungku Omar (PUO) menerima pengiktirafan tertinggi dengan memperoleh Anugerah Platinum dan hanya tiga institusi di negara ini yang berjaya berada di tahap tersebut. 

“Lima politeknik lain yang turut cemerlang dengan memperoleh Anugerah Emas”.

“Pencapaian akreditasi APACC ini secara langsung berupaya membuktikan bahawa sistem pendidikan politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi kenyatan hari ini.

Mohd. Zahari berkata, ini menjadi penanda aras kepada pencapaian berprestasi tinggi dalam mentransformasikan program pengajian politeknik ke tahap lebih cemerlang.

“Akreditasi APACC secara langsung berupaya memudahkan mobiliti graduan politeknik ke negara-negara Asean.

“Selain itu juga dapat mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET rantau Asia Pasifik dan memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia dan Pasifik,” katanya. – Edisi 9

7 Politeknik diiktiraf APACC

Advertisements

Anugerah Platinum:

1. Politeknik Port Dickson (PPD) 

2. Politeknik Ungku Omar (PUO) 

Anugerah Emas:

1. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) 

2. Politeknik Kota Bharu (PKB)

3. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)

4. Politeknik Seberang Perai (PSP)

5. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

Advertisements

Terkini

Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo

SEORANG pramugari Malaysia Airlines (MAS) meninggal dunia ketika bertugas di Tokyo, Jepun semalam. MAS dalam satu kenyataan bagi mengesahkan perkara...

Lagi Artikel Berkaitan