32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Bantuan khas Ekonomi Madani bukan ‘gula-gula’ politik – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BANTUAN khas yang diumumkan kerajaan menerusi inisiatif Ekonomi Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, tiada salahnya kerajaan memberikan bantuan khas tersebut kerana ia diumumkan sebelum tempoh berkempen.

“Kempen akan bermula secara rasmi esok selepas selesai proses penamaan calon, jadi arahan untuk tempoh berkempen adalah dari 29 Julai sehingga 12 Ogos.

“Selain itu, disiplin kita ialah tidak menggunakan jentera kerajaan, tidak boleh menyampaikan apa yang disebut ‘gula-gula’ PRN dan tidak ada pengumuman projek ‘mi segera’,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo di ibu negara, hari ini. 

Perdana Menteri semalam ketika peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa rakyat mengumumkan tujuh inisiatif bagi membantu meringankan beban rakyat.

Antaranya bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam dan RM200 bagi golongan pesara dan pemberian kredit e-tunai RM100 kepada golongan dewasa berpendapatan di bawah RM100,000 setahun.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan tambahan RM400 juta pinjaman mikro dan tambahan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan