33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pakej Rahmah Allo ditawar pada harga serendah RM69 

Mesti Baca

PAKEJ Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo di bawah inisiatif Pakej Rahmah menawarkan harga langganan RM69 untuk tempoh kontrak 24 bulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pakej yang menawarkan perkhidmatan Internet dengan data tanpa had sepanjang tempoh kontrak memberikan penjimatan RM30 sebulan berbanding pakej semasa, RM99.

“Rakyat Malaysia daripada kumpulan sasar seperti golongan B40, warga emas, veteran Angkatan Tentara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, pesara Agensi Penguakuatsaan Maritim dan Orang Kurang Upaya, layak menikmati akses Internet tersebut dengan kelajuan 100 megabit sesaat (Mbps),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo di ibu negara, hari ini.

Advertisements

Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital dengan penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Allo Technology Sdn. Bhd. dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Fahmi berkata, perkhidmatan Internet tersebut meliputi kawasan bandar dan luar bandar bagi kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam (PA) di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah yang mempunyai akses rangkaian liputan Allo.

“Kemudahan Internet kini tidak lagi dianggap sebagai satu kemewahan, sudah dianggap sebagai utiliti asas. 

“Internet juga menjadi platform mencari rezeki, sama ada dari sudut peluang pekerjaan atau sebagai platform digital perniagaan bagi rakyat yang bergelar usahawan mikro,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan