30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Astro laksana VSS kepada pekerja

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ASTRO Malaysia Holdings Bhd. (Astro) bakal melaksanakanĀ Skim Pemisahan Sukarela (VSS) untuk membolehkan syarikat itu memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan teras.

Selain itu, pelaksanaan VSS akan meningkatkan prestasi kewangan dengan memudahkan, memperkemas dan mengurangkan perbelanjaan operasi.

Astro dalam makluman kepadaĀ Bursa Malaysia hari ini berkata, VSS itu bertujuan untuk menyokong transformasinya yang sedang dijalankan sekarangĀ dan ia ditawarkan secara sukarela.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Euan Smith berkata, industri media dan hiburan kini beroperasi dalam persekitaran yang mengalami kadar gangguan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata penggiat industri dikehendaki mencipta semula dan menyesuaikan diri dengan pantas untuk kekal meraih keuntungan dan relevan dalam realiti baharu ini.

Advertisements

ā€œDalam dunia tanpa sempadan dan era digital ketika ini, persaingan berlaku secara berterusan terutamanya dalam landskap ekonomi yang mencabar,ā€ katanya.

Beliau berkata,Ā Astro terus proaktif untuk mengukuhkan kedudukan syarikatĀ dalam pasaran dan menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang berubah pantas.

Sehubungan itu, beliau berkata penggiat industri dikehendaki mencipta semula dan menyesuaikan diri dengan pantas untuk kekal meraih keuntungan dan relevan dalam realiti baharu ini.

ā€œDalam dunia tanpa sempadan dan era digital ketika ini, persaingan berlaku secara berterusan terutamanya dalam landskap ekonomi yang mencabar,ā€ katanya.

Beliau berkata,Ā Astro terus proaktif untuk mengukuhkan kedudukan syarikatĀ dalam pasaran dan menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang berubah pantas.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan