31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

‘One Million Dollar Voice’ singkap dunia nyata program realiti

Mesti Baca

BERBEKALKAN pengalaman berdekad lama dalam menerbitkan program realiti nyanyian popular, Astro tampil menyingkap kisah-kisah itu.

Menerusi siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar, ‘One Million Dollar Voice’ bakal mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan di kalangan penonton dan peminat drama.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro Raqim Ahmad berkata, ‘One Million Dollar Voice’ bagaikan kisah manifestasi rancangan-rancangan realiti nyanyian yang Astro terbitkan dalam suasana fiksyen.

“Tidak dinafikan Astro sinonim dengan rancangan-rancangan realiti nyanyian sejak penubuhannya.

“Mengambil kesempatan serta pengetahuan yang ada, kami terilham untuk menerbitkan sebuah drama rantaian yang menyingkap kisah di belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian.

“Ternyata ini adalah satu kesempatan untuk kami mencipta semula sebuah rancangan realiti secara fiksyen untuk dijadikan tontonan penonton,” katanya.

‘One Million Dollar Voice’ adalah tajuk original yang direka dan dihasilkan oleh penulis kumpulan Fiksyen Melayu Astro yang telah membawakan hits seperti ‘Sweet Dreams’, ‘Perempuan Tanpa Dosa’, ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ dan ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’.

Raqim berkata, jika di hadapan kamera kita boleh menyaksikan pelbagai drama yang berlaku secara langsung, apatah lagi drama di sebaliknya.

Pastinya banyak kisah yang menarik berlaku dan olahan cerita menerusi ‘One Million Dollar Voice’ adalah fiksyen namun diilhamkan oleh insiden-insiden yang pernah terjadi.

“Gaya garapan yang bakal ditonjolkan amat berbeza dengan drama-drama yang ada di luar sana.

“Pentas yang digunakan adalah yang sebenar lantas memberi suasana yang seakan-akan sama dengan produksi kami.

“Elemen-elemen seperti reaksi barisan juri, wajah-wajah hos serta penonton di auditorium pertandingan bagaikan cerminan realiti.

“Kami turut mempunyai cameo wajah-wajah tersohor industri seperti Nabil Ahmad dan Kak Lina yang memainkan diri mereka selaku hos.

“Manakala Ajai dan Datuk Syafinaz Selamat membuat penampilan istimewa sebagai juri. Ceddy Ang, Ara Johari, Cat Farish, Syamel dan Ayda Jebat juga membuat penampilan khas untuk siri ini.

Advertisements

“Dengan khidmat Michael Ang sebagai sutradara, kami yakin drama rantaian ini mampu menggamat ‘mood’ penonton,” katanya.

Raqim berkata, barisan pelakon yang terbabit pastinya mampu menarik perhatian ramai.

“Kolaborasi antara pelakon yang sudah menempa nama dengan yang baharu pastinya akan menarik pelbagai segmen penonton ke platform kami.

“Itulah pelbagai keunikan ‘One Million Dollar Voice’. Kami berharap penonton teruja apabila menonton drama in kerana kami menjanjikan satu kelainan yang nyata,” kata Raqim lagi.

‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan krew produksi serta peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga anak seorang anggota polis.

Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai program itu.

Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

Begitulah kisah-kisah yang bakal menyulami naratif ‘One Million Dollar Voice’ ini.

‘One Million Dollar Voice’ membariskan nama-nama hebat dan popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi.

Drama yang bakal menggegarkan industri hiburan ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden.

‘One Million Dollar Voice’ bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos, jam 10 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan