32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Sekat portal berita bertentangan dengan kebebasan media – MMJA

Mesti Baca

PERSATUAN Kewartawanan Multimedia Malaysia (MMJA) memandang serius dan mengecam tindakan pihak berkuasa menyekat akses tanpa notis dan sebab sesebuah portal.

Presidennya, Nik Suryani Megat Deraman berkata, tindakan tersebut bercanggah dengan tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ semasa sambutan Hari Kewartawanan Nasional (Hawana) 2023 Mei lalu.

“Perdana Menteri dan kerajaan telah memberi jaminan kebebasan media kepada pengamal media di negara ini.

“Tindakan seperti ini dikhuatiri akan menjejaskan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media yang kini sudah berada di kedudukan 73 daripada 180 negara dengan skor 62.83,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Sehubungan itu Nik Suryani memohon pihak berkuasa agar menghormati serta memastikan pengamal media di negara ini diberi kebebasan dalam menjalankan tugas mereka.

“Dengan berlandaskan etika kewartawanan yang sedia ada dan selaras dengan jaminan serta dasar Kerajaan Perpaduan, kami minta hormati dan beri kebebasan media dalam menyampaikan berita,” katanya.

Sejak akhir-akhirnya beberapa portal berita dilapor telah disekat daripada diakses oleh orang ramai, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kritikan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Antara portal berita yang didakwa disekat ialah Utusan TV dan terbaharu TV Pertiwi yang disekat tanpa sebarang sebab dan alasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan